whos.amung.us

Saturday, July 31, 2010

walhal aku masih senyum

walhal aku masih senyum
dia jeling. sinis.
aku dapat rasa ada benci pada mata kecil itu.
kenapa aku masih senyum
kerana kau kesiayallan.

sudah-sudahlah.
zaman dengki-mendengki sudah lapuk
untuk kegemilangan.
zaman rendah-merendah terlalu lekang
untuk diserap aku.

persahabatan terlalu rumit .
dia sengih belum tentu hati dia senyum.
aku cari tanda ikhlas pada raut itu.

persahabatan terlalu krisis.
tidak senyum bukan tanda dia membenci.
aku cari kebenaran pada ragu-ragu itu.

sebab aku manusia biasa.
aku rasa normal jika aku masih belum berhenti
menyumpah pada kesiyallan itu.

mungkin zaman gemilang kau sudah terserap dalam aku.
pusing-pusing yang teradak kau juga.
simpul mati falsampah ini
manusia terlalu gayat untuk duduk
termenung tinggi-tinggi.

jangan goyang
aku sinis.

No comments: