whos.amung.us

Monday, September 27, 2010

sepertinya baru semalam



tersentak.

tersentap mungkin.

kenapa mesti berjurai.

rumit untuk aku hurai.


masih rindu mungkin

parut lama aku lihat masih hitam barangkali

seakan aku tipu hati sendiri.

seperti aku tetap bertangguk pada keruh.
s
eperti aku masih tunggu yang antik itu.


tarik aku.
supaya x tersembam.
pekik aku.
supaya lamun terburai.
carut aku.
suapaya sedar diri.

perisa apa ini.

jelas sekali pelbagai.

jiwa kacau aku ini.

seakan jalang berdosa.


hak apa yang aku cuba tegak.

sedang sendiri langgar janji.

beban rasanya bawa perasaan itu.
aku tanya masih adakah.

dan tidak aku jumpa alasan.
seakan kukuh aku lihat tugu
seakan tidak ada apa yang berubah.

terlalu jauh untuk aku rasa.
sepertinya baru semalam.

lalu tuhan, aku bisik dalam hati
beri jawapan dan alasan.
aku tunggu.

10

komik untuk hari ini (3)

Sunday, September 26, 2010

Jantung Hati


ketika kau mulai menjauh
dari mata dari hatiku
terasa berat untuk melepas semua perasaan cinta
hanya kerna kau tak percaya

aku mencintaimu
menyayangimu sepenuh hati

hanya satu cinta
tak perlu jauh kau cari
ku tak pernah bersembunyi

hanya satu cinta
tak pernah ku bagi-bagi
kerna kau jantung hati

kerna kau jantung hati ku [repeat]

tak pernah ku bagi-bagi
kerna kau jantung hati


suasana digubah rasa

bergendang.
senak.
kalau dijerut mungkin tidak sesesak ini.
sunyi.
pecahnya hanya bunyi gitar dan suara.
lagu jantung hati masih aku dengar sampai jam ini
tidak bosan.
dan hati aku sedikit sedikit tenang
entah aku tidak pasti terasa lain.
perasaannya seperti disentuh tapi tidak terasa
mata aku terbuka tapi tidak nampak
dihenyak henyak hati aku.
rasa tapi kenapa berbeza.
cuba benci tapi tidak merelakan.
terasa tamak disitu.
entah apa dirindu
masih tidak cukup.
dan aku mahu kau tahu terlalu berbeza
aku cuba dan cuba.
percayalah.
terasa seperti si asing di dunia manusia ini.

BITBIT PERGI JUA =(


Bangun.
Sentap.
dan diam.

nanchan jerit katanya bitbit kejung.
tak mungkin.

aku rasa kosong. mak, abah. affy mesti terkilan.
aku gagahkan juga. bergerak.
dan aku tahan.

cemerkap. apa nak buat. bitbit memang dah keras.
xsampai 2tahun aku jaga. dan bitbit tinggalkan 3 ekor sebagai ganti.
aku lihat. dan hujan kembali.

mungkin bulan juga tahu buah hatinya sudah pergi.


cay0p2 aku! harap2 dapat hidup kan dizery, dupdup dan albab.
p/s: terima kasih bangat kat abah mia n nanchan coz tolong gali kubur untuk bitbit ...


bitbit aku xkan lupa kau (T.T)

Saturday, September 25, 2010

kak nam =)



cakap hai kat ahli baru rumah kiteorang!
nama dia kak nam huhuhu
...


Tuesday, September 14, 2010

BITBIT BERANAK




KERAMAT, 13 SEPT 2010- perhatian kepaDa mereka-mereka yang mengenali pasangan fofular kat umah aku! hahaha! yakni... BITBIT & BULAN! Bitbit selamat beranakkan tigo ek0r baby rabbit yang begitu kiuttt!!! nampak x tueeeee... 2 merah merak buntut ungka. satu ekor lagi tompok tompok kucing tompok. semoga mereka boleh terus idop! hidup bulan! gitulahhhh... tau tau beranak!



p/s: to P and rush cepat balik gadisku kite tengok kiut baby rabbit... (^_^)

Saturday, September 11, 2010

scrambler please!

Sunday, September 5, 2010

parasit reputasi

dari bertapis aku dedahkan
objek keliling kata sudah dijangka
tidak muak aku kata
kau yang akan lebih sakit
kalau sakit yang aku bagi ialah bahagia yang kau cari
biar parah aku buat asal kau tidak teradak luka
cinta dalam hati aku kecil-kecil saja.
dan yang itu untuk kamu.

selalu saja aku dieksploitasi objek sekitar wilayah.
aku tidak tahu berpaut
keramat mengajar aku mandiri
aku terlalu jantan untuk digadiskan
terlalu tajam untuk diacahkan.

apa aku pada setiap itu
siapa aku pada hujung-hujung hari itu
aku lihat pada alis mata
aku cari riak yang kau canang bahgia
untung aku
kalau dari dulu kau aku yang punya
aku tanam dalam hati kau sekarang
ialah acuan dahulu.
lalu aku berterima kasih untuk kisah lalu.
dan kau, terima saja bangsat aku.
aku tidak lalu untuk jadi n0rmal

aku omel-omel kau pasti sakit kalau kita jadi satu.
mungkin yang sedap ialah ada dia.
tidak cocok aku diganding kamu
aku percaya karma.
aku percaya aku.
tidak puas hati hadap saja aku
biar kau aku bahasakan.
jangan sentap.
memang gaya terkini sentap menyentap
jadi permainan muda mudi.

selagi mampu aku akan seplastik mungkin.
siapa tahu
siapa sedar
sebenarnya yang parasit ialah mereka itu.
senyum saja
tuhan ada.