whos.amung.us

Sunday, September 26, 2010

suasana digubah rasa

bergendang.
senak.
kalau dijerut mungkin tidak sesesak ini.
sunyi.
pecahnya hanya bunyi gitar dan suara.
lagu jantung hati masih aku dengar sampai jam ini
tidak bosan.
dan hati aku sedikit sedikit tenang
entah aku tidak pasti terasa lain.
perasaannya seperti disentuh tapi tidak terasa
mata aku terbuka tapi tidak nampak
dihenyak henyak hati aku.
rasa tapi kenapa berbeza.
cuba benci tapi tidak merelakan.
terasa tamak disitu.
entah apa dirindu
masih tidak cukup.
dan aku mahu kau tahu terlalu berbeza
aku cuba dan cuba.
percayalah.
terasa seperti si asing di dunia manusia ini.

No comments: