whos.amung.us

Sunday, February 3, 2013

batu tidak berbelah lalu bagaimana hendak ditangkup

nah.

minggu ini tidak seperti selalu.
masa berjalan laju.

nak aku hidang pada kau cerita yang mana satu.

tentang dia yang dulu mencari kini dah jumpa.
tapi tidak dapat melupa.
tentang cinta laila majnun. dua darjat.
yang masih sesak di sepacak pacak moden.
tentang hati yang terus membusuk.
tidak kurang tahi tahi bersepah yang masih belum tercuci.
siniskan? sarkastik?
belum lagi aku hidang pencuci mulutnya.
yang sibuk banding-banding hidup siapa lebih parah
luka siapa yang masih berparut.


laju.
minggu ini tinggalkan aku laju.


aku kurang berbual minggu ni.
berbual kosong?

aku tiada apa hendak beritahu
aku jenis hatinya jauh seperti mak.
tiada siapa pernah tahu.
tiada siapa mahu ambil tahu
kerana kita sedar. ada lagi yang sadis dan berkudis.

iya mereka cerita tentang hari hari yang mereka lalui.
aku serap.
melihat saja aku sudah tidak ampuh.
apa lagi mahu proses.

mudah. tiada siapa mahu rasa sebal bebal.

satu saja.
jangan cerita tentang dulu.
titik.

kalau dulu punya cerita aku muntahkan.
mungkin jadi badang kau telan.

oh iya

oh iya.
citarasa sudah jauh berbeza.
suasana yang tergubah rasa jua sudah tidak sama.
sudah tidak dikenang.
sudah tiada kesan parut lama.

kau baca.
aku tahu.
aku nak cerita pun belum tentu.
kalau berbual seumpama aib aku.
tulisan ibarat rahsia kebal aku.

untuk siapa
tentang apa.

semua nya berlapis.
tidak mahu mulut longkang terus membusuk disekitar.

aku belajar dan terus diajar.
semua orang ada masa silam yang mereka mahu lupus.
tidak kurang yang belum henti mencanang.

jujurnya tidak selera hendak tadah.
paling laku pun kau lelong saja.
bakal jadi bahan umpatan si talam talam.

yang penting semua tidak sama.

iya kerana setiap detik itu mengubah.
sama ada kau kejar atau kau biar saja ia pergi.


Sunday, January 27, 2013

# 2

duduk dan terus duduk
tunggu dan masih tertunggu
siang kontang
malam dilembapkan.

Provokasi yang mana semua pernah jalan.
Lalu
dan terus rasa.
Kali ini aku hidang terus dari jiwa.

Jiwa yang hampir kepada separuh mati.
Hampir laju kepada tidak lansung bernadi.

Jangan ditanya kenapa.
Tidak akan orang terpelusuk.
Hanya mereka berjiwa kebal kekal dan kebas
rasa dan terus rasa

hanya kerana satu

Mereka bodoh kerana terus cuba.

# 1


yang mana akan datang suatu hari.
suatu yang mana kita itu sendiri tidak pernah ada sedikit harga.
dan hanya boleh dilelong, di minta tolong,

hanya pada Tuhan.

Thursday, December 13, 2012

buat aku menangis ditengah keramaian

jadi lelaki kenapa sukar jujur.
jadi lelaki kenapa suka lupa.

mungkin ini balasan untuk aku.
terima kasih kerana tidak menyintai aku sepenuh hati
terima kasih kerana terus buat aku tidak percaya.

berpura-pura.
dan buat aku sedar semua angan aku adalah cerita paling dongeng.

kerana buat aku menangis ditengah keramaian.