whos.amung.us

Sunday, February 3, 2013

batu tidak berbelah lalu bagaimana hendak ditangkup

nah.

minggu ini tidak seperti selalu.
masa berjalan laju.

nak aku hidang pada kau cerita yang mana satu.

tentang dia yang dulu mencari kini dah jumpa.
tapi tidak dapat melupa.
tentang cinta laila majnun. dua darjat.
yang masih sesak di sepacak pacak moden.
tentang hati yang terus membusuk.
tidak kurang tahi tahi bersepah yang masih belum tercuci.
siniskan? sarkastik?
belum lagi aku hidang pencuci mulutnya.
yang sibuk banding-banding hidup siapa lebih parah
luka siapa yang masih berparut.


laju.
minggu ini tinggalkan aku laju.


aku kurang berbual minggu ni.
berbual kosong?

aku tiada apa hendak beritahu
aku jenis hatinya jauh seperti mak.
tiada siapa pernah tahu.
tiada siapa mahu ambil tahu
kerana kita sedar. ada lagi yang sadis dan berkudis.

iya mereka cerita tentang hari hari yang mereka lalui.
aku serap.
melihat saja aku sudah tidak ampuh.
apa lagi mahu proses.

mudah. tiada siapa mahu rasa sebal bebal.

satu saja.
jangan cerita tentang dulu.
titik.

kalau dulu punya cerita aku muntahkan.
mungkin jadi badang kau telan.

No comments: