whos.amung.us

Sunday, February 3, 2013

oh iya

oh iya.
citarasa sudah jauh berbeza.
suasana yang tergubah rasa jua sudah tidak sama.
sudah tidak dikenang.
sudah tiada kesan parut lama.

kau baca.
aku tahu.
aku nak cerita pun belum tentu.
kalau berbual seumpama aib aku.
tulisan ibarat rahsia kebal aku.

untuk siapa
tentang apa.

semua nya berlapis.
tidak mahu mulut longkang terus membusuk disekitar.

aku belajar dan terus diajar.
semua orang ada masa silam yang mereka mahu lupus.
tidak kurang yang belum henti mencanang.

jujurnya tidak selera hendak tadah.
paling laku pun kau lelong saja.
bakal jadi bahan umpatan si talam talam.

yang penting semua tidak sama.

iya kerana setiap detik itu mengubah.
sama ada kau kejar atau kau biar saja ia pergi.


No comments: