whos.amung.us

Wednesday, August 25, 2010

kospirasi berperisa

tiada siapa yang faham.
ianya konflik dalam hati
duduk terjelepuk diceruk
buat hati aku makin mati

konspirasi berperisa
aku letih. tahan saja lidah aku bisa.
mungkin terlihat konkrit
tapi mudah berembun.

mungkin kerna sakit itu
aku rasa sampah
ambil jalan setapak lagi
aku mudah sesal dengan aku sendiri.
dungu tidak bertapis. dan aku benci.

sudah ditangkis
parahnya berbekas.
mahu apa sendiri tidak pasti
aku kata pergi. sebab yang sakit kau juga nanti.

aku tunggu selagi mampu.
jangan bagi aku makin jadi sebahagian dari kamu.

KAU CANDU

terserap.
dan aku jatuh
berbeza.
dan aku melayang

musuh aku ialah diri sendiri
akui atau tolak ke tepi
lari tidak cukup tanah
dikejar dulu

risiko goblog yang paling
likat pekat aku genggam
peduli atau berlalu pergi
sedang bertomoi dengan diri sekali lagi

patut saja aku tersesak
aku ketagih dia
seperti candu diceruk ceruk liang darah aku
macam pernah dia dia aku kata
biar kita saja yang rasa.

Friday, August 20, 2010

kapal terbang kertas

aku dengan ini mengaku yang aku hanya reti lipat je.
agk2 nmpk cm kapal terbang tu ok lah tu.
tapi sumpah fail time hembos2 hayun kertas tu
last2... jatuh ala2 ujung kaki gak. fak!

beautiful nightmare



terlalu kaget untuk terus tulis
terlalu kaget untuk kali ini
terlalu kaget kerna aku masih tidak biasa
masih luar biasa untuk hidup cara berdacing

terhuyung hayang.

sudah terbiasa sehelai sepinggang

jadi terima apa adanya.

jadi kan semalam perenggan terakhir.

noktah.

buka cerita baru.

jangan gelojoh perlu lenggang.

tunggu.
aku masih cari rasa itu.

tunggu.

mimpi buruk kali ini indah untuk aku.

aku pasti tulis kisah itu.

Thursday, August 19, 2010

diam bersuara dan berubah

aku diam
kau diam
jadi apa yang berubah?
tiada.

yang makin ada ialah sakit

aku bersuara
kau bersuara
jadi apa yang berubah?
ada.

yang maikn ada ialah sesuatu.

lainkan?

Tuesday, August 17, 2010

aku sedang cuba

dan setiap kali terjaga, terjaga dengan keadaan mengharap.
dan setiap kali terjaga, terjaga dengan amarah menggila.
dan kalau dia tahu setiap hujung lelap aku.
berjuta kali aku kumat kamit supaya makin benci.
dan dari setiap kali itu mengharap tapak menghala kebelakang.
mungkin semua kembali lurus.
paling ketagih ialah dia, di setiap sangat itu bangun dengan masih mengharap.
paling ceruk ialah dia, setiap itu masih rasa bersalah kenapa dilayan.
ada tiga utama kenapa menjauh.
masa depan.
masa silam.
dan rasa bersalah yang masih menggila.
baca ini. kau akan satu masa nanti kenapa menjauh.
paling benci ialah hilang diri aku sendiri.
tidak apa. aku akan cari cara duduk ditepi dan undur masa itu sendiri.
aku janji.

Sunday, August 15, 2010

dekat tapi jauh

kau tahu aku selalu ada.
begitu juga kau dari sisi mata aku.
senyum tanda aku selalu kagum kau sepertinya ada.

terlihat
lalu melihat
dekat
tapi terasa jauh
puitis adalah cara terbaik berkomunikasi
terlalu indah untuk digunakan berbicara cara manusia biasa
kita biasa.
tapi kita sempurna dari cara ini.
senyum saja aku tahu kau juga setuju.

Friday, August 13, 2010

BERANI MATI

Aku tak tahu ini dipanggil berani mati atau pergi mati sebenarnya. biar aku cerita apa yang aku rasa. kali ini cerita tentang cinta. hahaha! kali ini? bukan seperti biasa ke? =) biar aku terangkan kenape aku masih single pada umur 21 tahun ini. jadi janda berhias macam aku ni tak lah seseronok yang dilihat. tapi cukup bahagia untuk terus hidup untuk hari esoknya. kenapa? sebab kawan-kawan mainkan peranan yang sangat baik sepanjang aku jadi janda ini. hahahak! aww! sungguh penipu lah kalau seorang perempuan cakap mereka-mereka tidak kisah dengan status single diorang dan dalam masa yang sama kiri kanan ada yang berkasih sayang. orang keliling mesti tertanya-tanya tak sunyi? word sunyi itu pada aku satu yang sangat tersendiri. kenape? kita yang patut deco-deco kan sunyi itu supaya kita rasa kita lah paling beruntung sebab berasa sunyi. gitulah statement orang single hahaha! jeles lah tu orang ada pakwe! hahaha!

aku tak tahu orang lain tapi aku sangat beruntung. kawan-kawan yang superb memang baik hati gila sebab bagi aku rasa aku tidak seorang. sumpah mereka hebat nak mampus! pada umur 21tahun aku hidup ini aku berani cakap. pasangan bukan benda pertama yang aku patut kejar. sebab aku masih tidak ada apa-apa untuk dibanggakan. itu pada aku okayh? tapi itu cakap aku pada tarikh 13 ogos 2010. sape tahu esuk aku jatuh cintakan? hah! cakap pasal jatuh cinta. aku suke jatuh cinta. hampir setiap minggu aku akan suka orang yang berlainan. percayalah aku memang mata keranjang. huahuahua! kenapa aku tak pernah bagi peluang atau cari peluang untuk ada pak wes? hah itu yang kita nak tahu! ini adalah kerana aku belum ada niat untuk jadi terbaik untuk seseorang. -____-" setiap kali aku rasa suka. aku suka. dan cukup sampai situ. aku cepat bosan dengan kontroversi kontroversi murahan! gila statement artis. haha tak de lah gurau je hidup kene lah ada drama sikit baru syiok. siyes2... itu memang jujur aku cakap. hak masing-masingkan sama ada mereka bersedia atau tak dengan satu-satu hubungan itu. tak kan lah kau nak bercinta semata-mata kau segan kawan-kawan kau sudah berpunya? atau kau bercinta atas alasan tidak biasa sendiri.

hidup terlalu jujur untuk didongengkan. aku tak rasa ada orang boleh tahan dengan perangai kasar aku. atau mulut laha aku. itu belum cerita pasal cemburu buta. kaki kencing. kuat ngumpat. terlalu negetif untuk diterima. iya. aku sepatutnya berubah. takut-takut berat jodoh kan? wake up dude. jodoh tetap jodoh. buat apa kau nak menipu diri sendiri? dah kahwin baru kau sedar perangai tahi pasangan kau. tup tup kau tambah fail cerai dalam malaysia ni. berubah adalah satu perkara paling tidak mudah yang orang perlu buat. semuanya tergantung pada niat kan? kau berubah untuk pasangan agak-agak kapel kau buat siyal. kau pun berubah balik jadi macam haram jadah. sebenarnya tidak salah pun kau nak berubah sebab janji berubah kan? bagus2! tepuk tangan. at least berubah. =) tapi kau tunggu lah pulak mulut-mulut manusia macam aku mengumpat. aik? tak percaya? cuba try test. kompem! okayh2 puasa2 tak baik jadi macam ini madiha.

back to basic. sebab pertama tadi ape? sebab aku rasa aku tak ada apa-apa untuk dibanggakan. no.2? sebab aku ini berperangai baik sikit dari yang kene ikat time-time puase tu. sekarang sebab ketiga. setiap kali aku jatuh cinta aku tidak suka perasan masih ada yang paling baik untuk aku. kau pernah rasa? itu namanya tidak bersyukur setan! define syukur? hahaha kita mulakan dengan syu... hep! jangan melencong. itulah masalah paling besar bila manusia yang masih tidak sedar ayat 'yang baik untuk yang baik begitu lah sebaliknya' orang kerdil macam aku ini still tadah tangan, pejam mata rapat2 doa kat pencipta dia untuk punya yang terbaik. sumpah aku tak tahu apa makna baik dalam hubungan itu? cukup baik kah pasangan kita kalu dia x pau duit kita? cukup baikkah pasangan kita kalu dia xambil kesempatan? tapi bukan ke cinta itu makna dia tolak ansur? lengkapkan apa yang kurang? haish aku dah cakap aku ini sejenis objek kompleks eh? kompleks ke complicated?

hahaha! okayh yang ke-4. aku tak suke kene ngorat aku jadi macam takut nak mampus. macam nak kene jual kat thailand untuk dijadikan pelacur. atau takut nak kene tolak ansur lagi. B. boring...... bende paling bosan dalam dunia. kene paham dan paham. dan paham. kalau bercinta kene gaduh-gaduhkan? pastu nagis-nangis kan? pastu mesti ade scene merajuk-rajuk. nak pujuk lagi. jadi rasa-rasanya berapakah peratusan cinta itu masih macam dulu atau makin betambah? sikit je doe orang lepas gaduh jadi tambah sayang dengan pasangan dia. tak percaye? cubalah. kau akan berfikir berjuta lemon kali untuk hidup sampai beruban dengan manusia itu. jangan tanya kenapa aku tak suke dingorat. suka sebenarnya, nama pun perempuan. memang gedik lah kalu cakap suke kene ngorat, eleh! bende betul ngaku je. ini bukan tahun perempuan pakai kain batik duduk atas tikar mengkuang sambil tampi beras. eh? ada lagi ek? hahaha. jadi tuan-tuan dan puan-puan macam mana agaknya aku nak cari pak wes? nak ngorat tidak boleh. ermm... xpe-xpe nanti-nanti adalah tu pak wes pak wes masuk minang. rilek-rilek umur belum layak untuk jiran-jiran cop sebagai anak dara tua.

hah apa masalahnya jadi anak dara tua? habaq mai skit. itu lah salah satu sebab orang kawin sebab xnak jadi anak dara tertua didunia. rilek r. sekarang zaman touch screen orang xlayan dah bende-bende cenggini weyh! hello0o0! cik bedah cik jah cik kiah woi! jangan sibuk dok kepoh hal anak orang. bukan awak yang dok 9 bulan usung dia kesana kemari atau suap dia makan time dia kebulur. jadi tok sah lah nak jadi x0xo gosip girl okayh! anak awak tu bela elok2 dulu. agak-agak tak terdidik meh aku didik. alasan yang terakhir adalah alasan paling bodoh. sedia ya untuk baca. =P aku kadang-kadang paling benci kat diri aku. ini adalah kerana. atas ketidak matangan aku, aku selalu rasa aku je boleh. orang lain tak boleh. sebagai contoh? aku boleh ada ramai kawan lelaki tapi tidak pasangan aku. aku boleh cerita pasal ex aku ber episod-episod tapi tidak pasangan aku. pasangan aku tidak dibenaran menggatal dengan perempuan. kau tau apa makna menggatal? tarak tahu? g cari kamus g.

akhir kata adakah anda percaya semua yang aku taip? jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. ini hanyalah satu k0ntroversi murahan dari budak yang gilakan populariti. haish! aku cerita pasal aku ke pasal kau? biasalah. mengaku saja siapa yang tidak mahu perhatian. nak tak nak itu kenyataan. tapi jangan over the shadow tagih perhatian itu. kau rasa macam nak lempang muka aku tak? macam rasa nak tadah tangan doa biar kene batang idung aku kan? percayalah sebab aku dah kene, baru post ini dilahirkan. tuding jari pada orang lain adalah bende paling bijak untuk orang cetek ilmu buat untuk larikan diri dari kesalah. tapi masih jadi tradisi turun temurun sebab tidak lapuk dek hujan. dan mengakui kesalah sendiri adalah perkara berani mati yang manusia boleh buat (cewah kengkonon aku budget aku berani lah ni. eh tak!!! aku bukan cakap pasal aku lah aku cerita pasal si polan tu ------> ladies and gentlemen ini adalah salah satu example yer, dimana manusia sedang menundingkan jari jemarinya kepada manusia yang lain) kenape aku kata berani mati.. sebab dia seakan bersedia untuk dipulaukan sedikit demi sedikit. sebab terlalu jijik mungkin. sebab terlalu najis untuk didekat. lebih najis dari yang ada empat huruf tu. lansung tidak diberi peluang untuk jadi lebih baik. tapi makin dihenyak-henyak supaya jadi lebih teruk. bravo-bravo!

p/s: tengah cari gitar sambil nak nyanyi lagu WALI BAND.

"
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku"

siyal je! gila! macam lalang tadi tak kisah lepas tu boleh pulak nak hafal lagu wali band. aww! sakit jiwa memang macam itu.

Wednesday, August 11, 2010

marhaban ya ramadhan =)


buat yang kotak tinggalkan yang bulat!

Tuesday, August 10, 2010

frame kan


sekarang aku tengah cari frame utk frame kan tisu ni.

hanyut pada akhir itu

jangan kau ajar aku dongak ke langit.
jangan ajar aku mendap ke tanah.
sebab aku tidak merasa aku pada itu.
kenal aku siapa aku bukan kamu.

terlalu silau langit itu untuk terdongak
mendap tanah menyelinap setiap inci roma aku.
setapak-setapk aku lelah.
kau bukan lihat apa yang aku pandang.
kau bukan peka apa yang aku dengar.
kau titip hanyut pada akhir itu.


ntk: tulisan ini aku jumpa pada buku lama aku. zaman batu betul! xsilap aku form 2 mungkin (2003)

ntah apa-apa



ntk: godek2 folder lagu... terjumpe lagu ni lame x dengar.
hahaha! rindu zaman sekolah weh! aku suke 5forty2 wewittt! =)

5forty2 cakap:
HIP HOP: Hidup Ini Perlu Hikmah, Otak, Pegangan.


by: 5forty2
song: ntah apa-apa


(alFaisal)
Aku naik pelik apa dah jadi dengan scene
Kekadang naik jelik tengok badut buat bising
Naik pening, lagak besar tapi skill ntah apa-apa
Setakat dalam cyber bukan kau boleh kemana
Konon boleh freestyle, buat aku tergelak
Rhyme yang dah siap ntah berapa kali dia selak
Jangan buat lawak, bukan niat aku mengata
Tapi kalau makan cili sure rasa pedas giler
Pulas filler dalam rhyme pastu kata punchline
Sedarlah kau tu Pak Pandir bukan nyer Einstein
Jalanan dan gangsta? Jangan buat lawak
Bila ajak jumpa tau pulak dia cuak
Aku bukan berlagak, cuma bercakap benar
Dah banyak sangat kucing yang suka cakap besar
Mulut laser kalau terer aku langsung tak kisah
Tapi ni dah jadi macam lebih sudu dari kuah
Lebih tipu dari benar, lebih tiru dari ori
Macam mana nak maju kalau takde kreativiti
Cepat betul melenting bila kita cuba tegur
Dia kata kita pulak cuba tunjuk bagus

(Chorus)
Ntah apa-apa semua tipu belaka
Tak real tak tau macam mana nak beza
Ntah apa-apa bunyi lebih dari buat
Meluat bila aku usha orang perasan kuat
Ntah apa-apa perangai yang kau pakai
Nak kata bangang memang, tak boleh kata pandai
Ntah apa-apa cukuplah ngaku power
Ingatla ada kuasa atas sana lagi terer

(RyFa)
Sekarang part aku, aku plak nak mengata
Aku nak kata siapa, korang peduli apa
Ade lagak giler babeng, tak sedar bakat kureng
Baru ade group kampung prasan diri Wu-tang
Freestyle blank otak lembap sembap tak gerak pantas
Bila dah tewas mula la usha panas hati tak puas
Bila nak gaduh bawak turun satu crew
Macam ni ke semangat hey pendekar Melayu?
Suara anak kucing lagak gangster apa citer
Setakat main keyboard apa kebenda namanya
Hilang jati diri lupa terus budaya
Agama jadi rosak maruah bangsa binasa
Ini benda biasa boleh tengok hari-hari
Tengok berapa banyak poser dekat KLCC
Yang perempuan pulak pakai tak cukup kain
Tak tahu pulak aku orang KL semua miskin
Tepek bedak kat muka tebalnya 12 inchi
Perasan diri lawa memang tak sedar diri
Nasiblah yang terasa memang aku sengaja
Kalau tak puas hati kita settle hari raya

(Chorus)

(Phonic)
Turn aku pulak bagi aku satu verse
Tak best la kalau korang jer yang mengata
Aku pun nak merasa, banyak benda nak citer
Pasal aku nampak banyak budak gedik giler
Pakai kalahkan artis tapi skill kosong
Ini macam citer dongeng semua bohong
Ada yang dah kalah tak serik ngaku hebat
Weh budak, baik kau cepat-cepat pergi taubat
Meluat bila ramai gelar diri tu emcee
Track menggelabah budak baghal jer yang puji

(alFaisal)
Ini realiti bukan buat cerita
Aku selalu benar bila dalam kata-kata
Buat kerja sendiri jangan ikut orang aje
Orang ada lagu cinta dia pun nak buat sama
Dah tau diri tu tak terer boleh pulak tunjuk power
Tingkatkan ilmu dulu, baru layak bersuara
Macam cerita lucu, kisah gangsta kat Malaysia
Belanja bapak tanggung buat citer jual dadah
Hentikan semua yang palsu, berhenti pura-pura
Jadi diri sendiri, tak rugi apa-apa


Monday, August 9, 2010

hari ke2puluh


hari ni ialah hari ke 20 aku konon-konon berdiet!
haih! bosan. nasib baiklah selama 20 hari ni selera aku tidak
macam naga. tapi aku rasa macam aku dah nak kuat makan balik.
biasalah dah nak puasa kumpul tenage katenye.

hari ini seperti yang dijanji kan aku patut timbang. -___-"
berat badan aku sebelum ni turun naik. 73, 72, 73, 71!
shhh... jangan komen2!
so semalam aku balik keramat.
kat sana ada penimbang. so aku pun timbang2 kan lah diri aku.
ya ya ya... 69kg... tapi aku tau berat tu tak tetap sebab
time tu aku pose. aku rasa-rasa berat aku 70 kot. =(

pengajaran: lain kali ikot shark g jogging okay.! jangan mengelat! go mady ade lagi 80 hari untuk mencapai sasaran! apa sasaran aku? 10kg kan? maksodnye pada 28 oktober 2010 berat aku mesti 60kg! usaha! USAHA!

aku tahu =)


everyone hears what you say .
friends listen to what you have to say.
best friend listen to what you don't say.

p/s: and that's why i know... =)

Sunday, August 8, 2010

9

to laugh often and much,
to win the respect of intelligent people
and the affection of children,
to earn the appreciation of honest critics
and endure the betrayal of false friends,
to appreciate beauty,
to find the best in others,
to leave the world a bit better,
whether by a healthy child,
a garden patch...
to know even one life has breathed easier
because you have lived.
this is to have succeeded! -Emerson

Saturday, August 7, 2010

bibir bagi rehat.
kumat kamit dalam hati.

kebarangkalian hidup itu sedikit esuk.
kebarangkalian mati itu banyak esuk.
kebarangkalian itu ditengah-tengah.
kau mahu kau dapat.
kau kejar kau capai.
kau kalis barangkali terburai itu ada.
kau panjat barangkali tersembam itu juga ada.

kau pekik kuat-kuat
kalu orang xnak dengar pun tak ada guna.
kau rentap kuat-kuat
kalu orang xnak ikut pun tak ada guna.
badan kene pijak sakit sementara.
hati kene pijak sakit selama ada.

panjat tinggi-tinggi.
kaut awan simpan.
panjat tinggi-tinggi.
panjat tinggi lagi.
kau yakin kau sampai.
kaut awan jadi air
tidak guna simpan barangkali cair.
genggam udara.
tidak guna simpan tetap hilang.

hati biru.
sumbat telinga dengar lagu.
dimana cebisan kertas yang bertaburan.
ambil satu satu bak sini aku tampal
itu pun kalau-kalau kau mahu.
aku suke lihat bukan dengar.
itu lebih senang.
hati tak senang jadi genang

cangkung.
kepol-kepol
cangkung
mencurah-curah
cangkung
sambung kening
cangkung kumat kamit
hati aku x senang
selalu saja xsenang.
hati aku xmudah
selalu saja rasa dipermudah.
kali ini memang silap.
angkat jubur anjak setapak.
jangan cangkung.
penat.

BARUA


kalau aku dah mula benci.
mamp0s muka kau pun aku jijik nak tatap kau tahu?

kalau aku dah mula benci
mamp0s dengar nama kau pun aku dah menyirap kau tahu?

kalau aku dah mula benci
mamp0s satu apa tentang kau aku tak mahu kau tahu?