whos.amung.us

Friday, August 13, 2010

BERANI MATI

Aku tak tahu ini dipanggil berani mati atau pergi mati sebenarnya. biar aku cerita apa yang aku rasa. kali ini cerita tentang cinta. hahaha! kali ini? bukan seperti biasa ke? =) biar aku terangkan kenape aku masih single pada umur 21 tahun ini. jadi janda berhias macam aku ni tak lah seseronok yang dilihat. tapi cukup bahagia untuk terus hidup untuk hari esoknya. kenapa? sebab kawan-kawan mainkan peranan yang sangat baik sepanjang aku jadi janda ini. hahahak! aww! sungguh penipu lah kalau seorang perempuan cakap mereka-mereka tidak kisah dengan status single diorang dan dalam masa yang sama kiri kanan ada yang berkasih sayang. orang keliling mesti tertanya-tanya tak sunyi? word sunyi itu pada aku satu yang sangat tersendiri. kenape? kita yang patut deco-deco kan sunyi itu supaya kita rasa kita lah paling beruntung sebab berasa sunyi. gitulah statement orang single hahaha! jeles lah tu orang ada pakwe! hahaha!

aku tak tahu orang lain tapi aku sangat beruntung. kawan-kawan yang superb memang baik hati gila sebab bagi aku rasa aku tidak seorang. sumpah mereka hebat nak mampus! pada umur 21tahun aku hidup ini aku berani cakap. pasangan bukan benda pertama yang aku patut kejar. sebab aku masih tidak ada apa-apa untuk dibanggakan. itu pada aku okayh? tapi itu cakap aku pada tarikh 13 ogos 2010. sape tahu esuk aku jatuh cintakan? hah! cakap pasal jatuh cinta. aku suke jatuh cinta. hampir setiap minggu aku akan suka orang yang berlainan. percayalah aku memang mata keranjang. huahuahua! kenapa aku tak pernah bagi peluang atau cari peluang untuk ada pak wes? hah itu yang kita nak tahu! ini adalah kerana aku belum ada niat untuk jadi terbaik untuk seseorang. -____-" setiap kali aku rasa suka. aku suka. dan cukup sampai situ. aku cepat bosan dengan kontroversi kontroversi murahan! gila statement artis. haha tak de lah gurau je hidup kene lah ada drama sikit baru syiok. siyes2... itu memang jujur aku cakap. hak masing-masingkan sama ada mereka bersedia atau tak dengan satu-satu hubungan itu. tak kan lah kau nak bercinta semata-mata kau segan kawan-kawan kau sudah berpunya? atau kau bercinta atas alasan tidak biasa sendiri.

hidup terlalu jujur untuk didongengkan. aku tak rasa ada orang boleh tahan dengan perangai kasar aku. atau mulut laha aku. itu belum cerita pasal cemburu buta. kaki kencing. kuat ngumpat. terlalu negetif untuk diterima. iya. aku sepatutnya berubah. takut-takut berat jodoh kan? wake up dude. jodoh tetap jodoh. buat apa kau nak menipu diri sendiri? dah kahwin baru kau sedar perangai tahi pasangan kau. tup tup kau tambah fail cerai dalam malaysia ni. berubah adalah satu perkara paling tidak mudah yang orang perlu buat. semuanya tergantung pada niat kan? kau berubah untuk pasangan agak-agak kapel kau buat siyal. kau pun berubah balik jadi macam haram jadah. sebenarnya tidak salah pun kau nak berubah sebab janji berubah kan? bagus2! tepuk tangan. at least berubah. =) tapi kau tunggu lah pulak mulut-mulut manusia macam aku mengumpat. aik? tak percaya? cuba try test. kompem! okayh2 puasa2 tak baik jadi macam ini madiha.

back to basic. sebab pertama tadi ape? sebab aku rasa aku tak ada apa-apa untuk dibanggakan. no.2? sebab aku ini berperangai baik sikit dari yang kene ikat time-time puase tu. sekarang sebab ketiga. setiap kali aku jatuh cinta aku tidak suka perasan masih ada yang paling baik untuk aku. kau pernah rasa? itu namanya tidak bersyukur setan! define syukur? hahaha kita mulakan dengan syu... hep! jangan melencong. itulah masalah paling besar bila manusia yang masih tidak sedar ayat 'yang baik untuk yang baik begitu lah sebaliknya' orang kerdil macam aku ini still tadah tangan, pejam mata rapat2 doa kat pencipta dia untuk punya yang terbaik. sumpah aku tak tahu apa makna baik dalam hubungan itu? cukup baik kah pasangan kita kalu dia x pau duit kita? cukup baikkah pasangan kita kalu dia xambil kesempatan? tapi bukan ke cinta itu makna dia tolak ansur? lengkapkan apa yang kurang? haish aku dah cakap aku ini sejenis objek kompleks eh? kompleks ke complicated?

hahaha! okayh yang ke-4. aku tak suke kene ngorat aku jadi macam takut nak mampus. macam nak kene jual kat thailand untuk dijadikan pelacur. atau takut nak kene tolak ansur lagi. B. boring...... bende paling bosan dalam dunia. kene paham dan paham. dan paham. kalau bercinta kene gaduh-gaduhkan? pastu nagis-nangis kan? pastu mesti ade scene merajuk-rajuk. nak pujuk lagi. jadi rasa-rasanya berapakah peratusan cinta itu masih macam dulu atau makin betambah? sikit je doe orang lepas gaduh jadi tambah sayang dengan pasangan dia. tak percaye? cubalah. kau akan berfikir berjuta lemon kali untuk hidup sampai beruban dengan manusia itu. jangan tanya kenapa aku tak suke dingorat. suka sebenarnya, nama pun perempuan. memang gedik lah kalu cakap suke kene ngorat, eleh! bende betul ngaku je. ini bukan tahun perempuan pakai kain batik duduk atas tikar mengkuang sambil tampi beras. eh? ada lagi ek? hahaha. jadi tuan-tuan dan puan-puan macam mana agaknya aku nak cari pak wes? nak ngorat tidak boleh. ermm... xpe-xpe nanti-nanti adalah tu pak wes pak wes masuk minang. rilek-rilek umur belum layak untuk jiran-jiran cop sebagai anak dara tua.

hah apa masalahnya jadi anak dara tua? habaq mai skit. itu lah salah satu sebab orang kawin sebab xnak jadi anak dara tertua didunia. rilek r. sekarang zaman touch screen orang xlayan dah bende-bende cenggini weyh! hello0o0! cik bedah cik jah cik kiah woi! jangan sibuk dok kepoh hal anak orang. bukan awak yang dok 9 bulan usung dia kesana kemari atau suap dia makan time dia kebulur. jadi tok sah lah nak jadi x0xo gosip girl okayh! anak awak tu bela elok2 dulu. agak-agak tak terdidik meh aku didik. alasan yang terakhir adalah alasan paling bodoh. sedia ya untuk baca. =P aku kadang-kadang paling benci kat diri aku. ini adalah kerana. atas ketidak matangan aku, aku selalu rasa aku je boleh. orang lain tak boleh. sebagai contoh? aku boleh ada ramai kawan lelaki tapi tidak pasangan aku. aku boleh cerita pasal ex aku ber episod-episod tapi tidak pasangan aku. pasangan aku tidak dibenaran menggatal dengan perempuan. kau tau apa makna menggatal? tarak tahu? g cari kamus g.

akhir kata adakah anda percaya semua yang aku taip? jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. ini hanyalah satu k0ntroversi murahan dari budak yang gilakan populariti. haish! aku cerita pasal aku ke pasal kau? biasalah. mengaku saja siapa yang tidak mahu perhatian. nak tak nak itu kenyataan. tapi jangan over the shadow tagih perhatian itu. kau rasa macam nak lempang muka aku tak? macam rasa nak tadah tangan doa biar kene batang idung aku kan? percayalah sebab aku dah kene, baru post ini dilahirkan. tuding jari pada orang lain adalah bende paling bijak untuk orang cetek ilmu buat untuk larikan diri dari kesalah. tapi masih jadi tradisi turun temurun sebab tidak lapuk dek hujan. dan mengakui kesalah sendiri adalah perkara berani mati yang manusia boleh buat (cewah kengkonon aku budget aku berani lah ni. eh tak!!! aku bukan cakap pasal aku lah aku cerita pasal si polan tu ------> ladies and gentlemen ini adalah salah satu example yer, dimana manusia sedang menundingkan jari jemarinya kepada manusia yang lain) kenape aku kata berani mati.. sebab dia seakan bersedia untuk dipulaukan sedikit demi sedikit. sebab terlalu jijik mungkin. sebab terlalu najis untuk didekat. lebih najis dari yang ada empat huruf tu. lansung tidak diberi peluang untuk jadi lebih baik. tapi makin dihenyak-henyak supaya jadi lebih teruk. bravo-bravo!

p/s: tengah cari gitar sambil nak nyanyi lagu WALI BAND.

"
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku"

siyal je! gila! macam lalang tadi tak kisah lepas tu boleh pulak nak hafal lagu wali band. aww! sakit jiwa memang macam itu.

1 comment:

nanchan said...

sakit mate aku bace..
laju otak aku jalan..