whos.amung.us

Monday, September 27, 2010

sepertinya baru semalam



tersentak.

tersentap mungkin.

kenapa mesti berjurai.

rumit untuk aku hurai.


masih rindu mungkin

parut lama aku lihat masih hitam barangkali

seakan aku tipu hati sendiri.

seperti aku tetap bertangguk pada keruh.
s
eperti aku masih tunggu yang antik itu.


tarik aku.
supaya x tersembam.
pekik aku.
supaya lamun terburai.
carut aku.
suapaya sedar diri.

perisa apa ini.

jelas sekali pelbagai.

jiwa kacau aku ini.

seakan jalang berdosa.


hak apa yang aku cuba tegak.

sedang sendiri langgar janji.

beban rasanya bawa perasaan itu.
aku tanya masih adakah.

dan tidak aku jumpa alasan.
seakan kukuh aku lihat tugu
seakan tidak ada apa yang berubah.

terlalu jauh untuk aku rasa.
sepertinya baru semalam.

lalu tuhan, aku bisik dalam hati
beri jawapan dan alasan.
aku tunggu.

No comments: