whos.amung.us

Thursday, July 15, 2010

aku kosong

aku rasa bebal bila aku terus mencari erti dewasa pada skop umur aku. macam xcelik lagi yang umur sudah hampir suku abad tapi masih mencari masa depan.

macam sudah terlambat untuk kutip satu satu khilaf lalu ubah jadi pengajaran. sebab terlalu selalu ulang dan ulang buat hal yang serupa.

terlihat bdoh pada wajah aku bila aku tenung lama2 depan cermin. kerna sudah tidak nampak aku pada itu.

aku tanya apa yang aku cari dan apa yang aku sedang cari. itu adalah dua perkara berbeza.

terlambatkah atau terlampaukah? aku terlalu cetek otak berbanding fizikal. semacam tak tertampung semua tanggungjawab.

aku dah cakap sk0p umur aku terlalu muda untuk pikul semuanya. yang aku mahu hanya gelak. yang aku mahu hanya semua. ya. hanya semua. bodoh kan?

tidak matang pada usia adalah salah satu perkara bebal yang pernah aku hasilkan. pernah aku terbaca. tulisan nya mungkin tidak jauh beza dari ini.

HIDUP ADALAH UNTUK BERBAHAGIA DAN MENJADI SEORANG YANG BERGUNA.

kenang balik selama 21 tahun hidup. mana bergunanya aku? makin hari makin mencari neraka. makin hidup makin berdosa. macam tidak segan terus berpijak dibumi tuhan.

tuhan terlalu pemurah untuk bagi aku peluang.

tongkat dagu dan aku terus berfikir titik mana harus aku mula?

kuatkah? zahir saja kah atau batin?
ilmu sajakah? mana amal?
bahagia adakah? atau lupa lihat pada yang lebih kesian kerna tiada apa apa.

tuhan terlalu baik untuk bagi aku kesedaran

tongkat dagu dan aku teru berfikir langkah mana perlu mula? kanan atau kiri?

aku cari pendokong. kerna aku tidak kuat.

terus sokong kerna aku memang tiada apa apa untuk mula.

aku kosong.

1 comment:

nanchan said...

mungkin anda padat!