whos.amung.us

Thursday, July 15, 2010

ini bukan

ini bukan tentang aku makin membenci.
aku tidak minta semua orang untuk berkasih sayang. hanya belajar untuk mengh0rmati.

kerna kita sendiri bukannya suka semua orang.

ini bukan tentang aku makin mencemburui.
aku tidak minta semua orang untuk jadi kaya. hanya tananm sikit sifat pemurah dalam hati.

kerna kita sendiri bukan selalu tahan duduk tinggi-tinggi.

ini bukan tentang aku makin bongkak.
aku tidak minta semua orang untuk berkuasa. hanya selit sedikit rasa rendah diri.

kerna kita sendiri bukan nabi-nabi.

ini bukan tentang aku makin berdosa berkati-kati.
aku tidak minta semua orang menginsafi. hanya belajar lah untuk menerima lalu memberi dan terus memberi.

kerna ingat hidup selepas mati.

No comments: