whos.amung.us

Wednesday, July 21, 2010

20july2010.

huraikan makna pendidik itu sendiri.
kerna pasti punya pelbagai prespektif.
kadang-kadang hati meluap nak mendidik tapi bukan
senang semua itu perlu aura. bukan satu kerja
ringan nak tarik berbiji-biji mata untuk usha kita.
nak pastikan muka masih tadah kene percik-percik
air liur kita. kadang-kadang hati lemau nak
mendidik tapi dikerah. takut-takut ada mulut
tempayan kata makan gaji buta. takut-takut mulut
lapar nganga nak beli sesuap pakai apa? bulu boleh jual ka?
apa pendidik pada mata yang dididik? dia fikir dia dia cukup
terdidik? sampai hidung mencanak naik ke langit.
mendidik ada tika perlu bakat. anak-anak kini bukan
lagi ordinary. mendidik perlu ada feel. mandidik
supaya ilmu-ilmu tuhan dipegang sampai beruban lalu bawa
mati. entah aku tidak tahu, kerna aku bukan
pendidik tapi aku sebagai mereka yang masih
canggung digesa bangan awal pagi untuk didikan itu.
sebagai mereka yang nak pegang ilmu sampai mati.
aku mahu punya pendidik berkualiti. entah-entah aku
yang tidak ambil peduli dan begok bertubi-tubi tapi
masih tuding jari salah kan pendidik. tapi untuk
hari ini aku setuju. pendidik yang itu hanya sesuai
sebagai ibu mithali. terlalu kangkung untuk aku
dengar omelan dia. cuba berkali-kali menerima apa
pendidik sedang beri dan tidak jenuh membagi.
sebagai konklusi. aku tiada input hari ini. memang
butoh kalu aku kata tiada. 10 minit terakhir baru
aku terserap, rupanya dia omel tentang CULTURE.


ntk: kenape aku asik tulis tarik 20.10.2010? bodoh skunk bulan julai la dol!

No comments: