whos.amung.us

Tuesday, June 8, 2010

monolog cinta perempuan sakit jiwa 2

Betul.
Angguk.
Betul.
Senyum.

Buat apa persiakan
seperti selalu
seperti begini
setiap dari mereka begitu seni
si sakit jiwa senyum lagi dan lagi.
siapa kisah sudah terlalu biasa dan terlali
mmg lumrah si sakit jiwa ini
kembangkan hidung
bagi tanda aku tidak sepi lagi
hingga kadang kadang menari depan cermin sendiri
itu tanda aku sudah tak sunyi

dengki? ape lagi kau boleh angkat kaki
sakit hati? kau fikir aku peduli?
memang dari azali kau si busuk hati
suka kumpul dosa berkati kati
buat bekal dalam kubur kau nanti

hati-hati si busuk hati
es0k akan datang dia si batu api
kata kata dia lebih berjenis hati mati
kau, dia sama-sama gali
korek dan kambus kubur sendiri

hentak pacak dalam dalam di jiwa mati aku
pasang telinga jangan tekup

dengar sini
dengar sini

jangan buat buat pekak
pandang sini
jangan toleh tepi

aku muntahkan ini untuk sekali
aku tidak akan benarkan
setiap dari kamu keluar dari hidup aku hidup hidup
melainkan mati
melainkan kau sendiri angkat kaki pergi

kau benci kau caci
kau mahu kau cari

aku tidak pergi masih bersila
ditepi sisi sini

si sakit jiwa masih senyum
dan kembangkan hidung kali ini lebih besar lagi
sebab kamu semua ada
aku dah x sunyi lagi.

No comments: