whos.amung.us

Monday, June 28, 2010

m0n0log perempuan sakit jiwa 3

aku pampang pada dunia
aku bukak hati aku sekali saja
aku bisik pada 2 telinga manusia
aku kata kali ini saja.
aku pampang pada dunia
kau xfaham bahasa
kau xsuka xmengapa,
itu aku kata titik

aku jatuh cinta pada lelaki itu
aku jatuh suka pada dia itu

perempuan sakit jiwa ketawa
sebelum tidur dia pejam mata
dia fikir patut kah lelaki itu jadi cinta?
dia fikir dapatkah lelaki itu bahasakan kita.
nak cinta aku perlu lalu KITA KITA aku
nak nikah aku perlu seberang CINTA MATI aku.

aku pekik pekik pada satu telinga
hebat kah dia untuk jadi pria aku?
satu telinga kaku,
kata harus ada daya
pria itu terlalu beda
jika tidak belum sempat pusing sementari
sudah pacak bendera putih.

si sakit jiwa garu kepala.
aku hanya cinta
aku hanya mahu dia aku punya

aku bisik pelan pelan telinga kedua.
aku tulis
aku bilang aku tercinta
salahkah?
dia ketawa. sudah lama dia tahu
dia tanya. cuma heran adakah aku baru tahu

si sakit jiwa sembam muka
aku hanya cinta
aku hanya baru tahu itu cinta rupanya.

kita mula semula.

ini bukan tulisan gadis mencari
oleh itu kita mula semula

aku neraka dunia
lalu aku cari surga pada celah itu.
percaya satu.
aku bukan talam dua muka.
tapi aku bermuka muka.
yang kenal saja bisa baca apa yang aku kata.
mulut aku dgn niat tidak sama
tingkah aku dgn hati tidak serupa
jangan herdik kenapa
sebab awal awal aku sudah kata
aku bermuka muka
aku neraka

pria,
aku canang kali ketiga
aku kata aku cinta
mungkin cinta buta
mungkin juga cinta dosa
mungkin sekali cinta neraka

pria,
aku canang kali terakhir
aku kata aku cinta
tidak suka tidak apa
tidak mahu aku tidak kurang apa2
tidak ada jodoh agaknya.

telinga satu kata.
j0doh perlu usaha

aku bidas
j0doh perlu 2rasa

telinga dua kata.
akur saja

aku bidas
tapi aku xterkata apa2.

makin sakit jiwa aku jadinya
cinta aku bukan cinta puteri dgn tuahnya
cinta aku bukan cinta mr and mrs smith
cinta aku bukan cinta nur kasih
cinta aku bukan cinta telenovela

tidak tidak apa kata kita mula semula.
ini bukan tulisan gadis putus cinta

apa kata kita mulakan semula

bukan tidak cinta
bukan aku benci
ini kebaikan abadi

lu gua terlalu beda
aku suka rap rakyat.
kau tahu apa itu rap?

lu wa terlalu ketara tidak sesuainya
aku suka petai.
kau tahan baunya?

loe gwe jauh sifatnya.
aku lantang.
selalunya kau senyum saja

cukup ketara beda?
tidak!

aku kau lain
aku suke cerita melayu
kau tidak. mungkin.

aku kau lain
aku suke bersahaja
kau sentiasa ada prinsip jiwa.

aku kau lain
aku dah tak layan ayat ayat
aku bunga kau kumbang
aku bulan kau bintang
aku juli kau rumi
aku layan
aku kaktus kau duri
aku awan kau hujan
aku chun li kau karate kidnya

wahahaha
siyall je aku.

maaf.
ini sudah lari tajuk
ini bukan titipan gadis sengsara meleleh
rasa tidak layak utk kekasihnya.

ini cerita gadis dan prianya.

dan patutnya si sakit jiwa tulisnya perlu
ada cinta dan jiwa.

aku jerit iya?
xnk dgr?
tutup telinga.

hey pria,
aku tunggu kau teriak
"gadisku aku juga rasa sebegitu!"

jika tidak awas.
aku bunuh cinta itu
aku muntah cinta itu
aku blender cinta itu
aku campak kat laut
biar jerung, ikan paus, ikan bilis mkn!

dan aku cari pria lain
aku xkan jilat ludah itu.
eh bukan.
aku xkan makan sirip ikan yu,
dan ikan bilis utk cantum cinta
aku pada kau balik. setan kau!

hah!
macam tu lah baru sakit jiwa orang kata.
hahahha.

ini cerita gadis dengan arjunanya.
kisah kali ini kisah perempuan sakit jiwa jatuh cinta

aku tiba-tiba rasa aku macam ahmad dhani
iya!
terpekik2 lagu sedang ingin bercinta
ber detak detak!
dgn lebih kencang!

diam!
dengar ni...

setiap ada kamu
kenapa jantung ku
berdetak lebih kencang
sperti kenderaan nk pegi perang

disetiap ada kamu
kenapa darah ku mengalir nk cepat2
dari ujung kaki ke ujung kapla.

aku lah ahmad dhani




2 comments:

nanchan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
linamadihahaha said...
This comment has been removed by the author.