whos.amung.us

Sunday, February 3, 2013

batu tidak berbelah lalu bagaimana hendak ditangkup

nah.

minggu ini tidak seperti selalu.
masa berjalan laju.

nak aku hidang pada kau cerita yang mana satu.

tentang dia yang dulu mencari kini dah jumpa.
tapi tidak dapat melupa.
tentang cinta laila majnun. dua darjat.
yang masih sesak di sepacak pacak moden.
tentang hati yang terus membusuk.
tidak kurang tahi tahi bersepah yang masih belum tercuci.
siniskan? sarkastik?
belum lagi aku hidang pencuci mulutnya.
yang sibuk banding-banding hidup siapa lebih parah
luka siapa yang masih berparut.


laju.
minggu ini tinggalkan aku laju.


aku kurang berbual minggu ni.
berbual kosong?

aku tiada apa hendak beritahu
aku jenis hatinya jauh seperti mak.
tiada siapa pernah tahu.
tiada siapa mahu ambil tahu
kerana kita sedar. ada lagi yang sadis dan berkudis.

iya mereka cerita tentang hari hari yang mereka lalui.
aku serap.
melihat saja aku sudah tidak ampuh.
apa lagi mahu proses.

mudah. tiada siapa mahu rasa sebal bebal.

satu saja.
jangan cerita tentang dulu.
titik.

kalau dulu punya cerita aku muntahkan.
mungkin jadi badang kau telan.

oh iya

oh iya.
citarasa sudah jauh berbeza.
suasana yang tergubah rasa jua sudah tidak sama.
sudah tidak dikenang.
sudah tiada kesan parut lama.

kau baca.
aku tahu.
aku nak cerita pun belum tentu.
kalau berbual seumpama aib aku.
tulisan ibarat rahsia kebal aku.

untuk siapa
tentang apa.

semua nya berlapis.
tidak mahu mulut longkang terus membusuk disekitar.

aku belajar dan terus diajar.
semua orang ada masa silam yang mereka mahu lupus.
tidak kurang yang belum henti mencanang.

jujurnya tidak selera hendak tadah.
paling laku pun kau lelong saja.
bakal jadi bahan umpatan si talam talam.

yang penting semua tidak sama.

iya kerana setiap detik itu mengubah.
sama ada kau kejar atau kau biar saja ia pergi.


Sunday, January 27, 2013

# 2

duduk dan terus duduk
tunggu dan masih tertunggu
siang kontang
malam dilembapkan.

Provokasi yang mana semua pernah jalan.
Lalu
dan terus rasa.
Kali ini aku hidang terus dari jiwa.

Jiwa yang hampir kepada separuh mati.
Hampir laju kepada tidak lansung bernadi.

Jangan ditanya kenapa.
Tidak akan orang terpelusuk.
Hanya mereka berjiwa kebal kekal dan kebas
rasa dan terus rasa

hanya kerana satu

Mereka bodoh kerana terus cuba.

# 1


yang mana akan datang suatu hari.
suatu yang mana kita itu sendiri tidak pernah ada sedikit harga.
dan hanya boleh dilelong, di minta tolong,

hanya pada Tuhan.

Thursday, December 13, 2012

buat aku menangis ditengah keramaian

jadi lelaki kenapa sukar jujur.
jadi lelaki kenapa suka lupa.

mungkin ini balasan untuk aku.
terima kasih kerana tidak menyintai aku sepenuh hati
terima kasih kerana terus buat aku tidak percaya.

berpura-pura.
dan buat aku sedar semua angan aku adalah cerita paling dongeng.

kerana buat aku menangis ditengah keramaian.

Tuala Wanita

Hari hari semua bangun.
Lalu ingat apa yang berlaku semalam.
fikir apa hendak berlaku.

Aku teringat satu artikel aku baca.
kita lupa tanya diri kita " Apa khabar aku hari ini?"
kerana terlalu fikir tentang orang-orang tepi.
dan ketagihan dunia pada apa yang harus ada.

Jadi.

Sedang aku duduk tadi.
Aku seperti hilang satu dari aku.
Aku lihat aku pada dekstop.
Ia bukan aku.
Ianya tak ubah seperti tuala wanita.

hujan semalam

Semalam aku rasa macam mimpi.
hangat tangan dia masih rasa
sejuk jari aku tak hilang rasanya.

dan aku masih menggigil dan cuba cari bau hujan semalam

#bukan bahan bacaan 1

Dan seharusnya penulisan itu isinya ada ilmu.
Bukankah begitu asalnya.

Dan aku menulis setiap ada benci dihari-hari yang aku jalani.

Malankolik barangkali.

Aku sinis dalam kandang aku sendiri.
Aku minyak dalam buku resepi.
Mungkin kerana acuan aku bukan dari acuan 
yang kalau diterap sebiji-biji dijual menjadi kuih di mulia aidilfitri.

Aku pernah baca pada satu tulisan.
Siapa mahu terima kita kalau kita bukan siapa-siapa
dan tidak punya apa-apa.
Dan itu aku rasa kini
Aku nak semuanya jadi peribadi.
Aku tak mahu orang bertanya apa-apa tentang hidup aku.
Aku tak perlukan orang lain kesiankan aku.
Sedangkan aku rasa mata aku sedang lihat kau yang patut dikasihani bukan aku.

Faktor umur yang orang jadikan ukuran.
Faktor kaya yang orang jadikan hujung pangkal.
Faktor adat yang orang junjung tak mahu telerai.
itu semua aku tidak mahu. 

Bila kau duduk kedai kopi motif utama kau ialah mahu gelak bagai nak terburai perut hati.
Bila kau berkumpul sekandang tujuan kau mengerat siratulrahim.

Tolonglah zaman sekarang masih adakah orang seperti ini hidup dan terus menerus memijak?

tak payah nak beremosi sangat.
aku telus.
minggu ini rumit.
spoil dengan orang yang bercakap menggunakan usia.
spoil dengan si tua yang sibuk bertanya, ambil tahu atau sibuk nak tahu?
spoil dengan si angkuh yang baru nak rasa mewah bumi.
spoil dengan si sangkak yang cerita pasal rezeki. kau nak kau cari. jangan tarik aku.

tidak perlu beremosi sangatlah.
malankolik barangkali kononnya.
cerita bosan.
kalau kawan-kawan sendiri sibuk nak show off benda yang tipikal.
kalau saudara-mara sendiri sibuk nak naik tangga sambil tendang kau terjunam.
kau duduk diam-diam.
sebab kubur lain-lainkan?

Thursday, December 15, 2011

youtube time!

Wednesday, September 21, 2011

saya sangat cinta lagu ini

Sunday, August 14, 2011

Yuna's Home Studio Tutorial



Addict to her


"I love food and hate exercise. I don't have time to work out. 
I don't want to be on the cover of Playboy or Vogue. 
I want to be on the cover of Rolling Stone or Q. I'm not a trend-setter, I'm a singer.
 I rather weigh a tone and make an amazing album and look like Nicole Richie 
and do a shit album. My aim in life is never to be skinny"

Saturday, August 13, 2011

truth, cry and lie

dan seharusnya aku tidak perlu tahu tentang mereka-mereka itu. 
terasa tanggung jawab bersahabat itu terlalu berat untuk dipikul seorang aku. 
amanah.


aku menulis kerana aku rasa ini saja termampu.



Monday, March 28, 2011

bulan ditutup awan

 yuna cover rokiah wanda
Wahai
janji setia sudah diucapkan
aduh
kata bersumpah telah kupadukan
kini
engkau pergi jauh membawa diri
tinggal
daku seorang dalam sunyi sepi


nun bulan ditutup awan
terkenang...
hati bertambah rawan


wahai
jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu
tidak kuturut sedari dahulu


wahai janji setia sudah diucapkan
aduh
kata bersumpah telah kupadukan
kini
engkau pergi jauh membawa diri
tinggal
daku saorang dalam sunyi sepi


nun bulan ditutup awan
terkenang
hati bertambah rawan


wahai
jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu
tidak kuturut sedari dahulu

Thursday, January 27, 2011

sambil k0rek hidung

cerita auta si luncai dengan labu-labu nya yang fakta sebenarnya.

benda paling terseksa benak ialah apabila aku dipaksa diam sedangkan semua tahu aku sangat suka bercakap. walhal aku tahu apabila aku bercakap tanpa henti akhirnya aku sendiri tak pasti patut atau tidak patut kenyataan itu disembur pada sesetengah pihak tidak berwajib.

okay minggu ini, oh tidak bulan ini. bulan yang banyak aku belajar tentang sikap perkauman lagi2 kepada sesetengah manusia yang masih bersikap vice versa. bukannya aku tidak bersetuju dengan sikap menggelabah tetek itu tapi sedarlah aku macam tersepit dicelah-celah manusia yang syok sendiri perasan diri mereka bagus. dan aku yang nak juga rasa bagus ini tetibe terasa kecik walaupun badan aku besar. "hello! aku masih kat sini! tolong jangan fokus pada satu benda sahaja!" kau angkat-angkat kawan-kawan kau yang belum tentu bawak kau kejalan berbahagia, tapi seakan pasti ke hospital bahagia itu, tanpa kau sedar satu hari nanti orang yang macam nak pijak-pijak nak ludah-ludah ini jugak kau cari ajak buat ketupat. mungkin era semua dihujung jari ini buat sikap pra-matang kau jadi dihujung tanduk. kau boleh pergi mati dengan cerita-cerita propa kau. aku skit pon tak hengin nak amik tau. tapi sekali lagi kau bingit-bingit memekak macam anjing kat umah jiran member aku.... ha.... tau lah aku kau tu macam apa. macam hanjing.

oh maaf lah entri kali ini macam kelam kabut. aku ngantuk sebenarnya tapi mulut aku berat dah lama xmengumpat. yalah. mane tak nya dah lame aku tak jumpa pakar sakit jiwa aku.

next, aku sangatlah terkoyak oleh perasaan bersalah apabila bukan salah aku tapi aku kene jugak rasa bersalah terhadap kesalahan bodoh kau itu! aku tak suka. kau faham tak. dan tolong faham aku sikit pun tidak cemburu atau teringin nak duduk kat situasi bahagia kau yang hanya drama tu. aku terpaksa zip mulut celupar aku ini sebab nak jaga hati kau yang kadang kadang mengumpamakan hati aku ini macam nasi yang kau kunyah hari. sedap2 aje kau nak kunyah. kau ingat sedap sangat?

tolong lah ek aku dah naik mual dengan perangai suka pandang satu belah pihak. kau ingat aku yang suka sangat mengumpat orang ini suka ke nak cerita pasal kau yang lansung tak femes tuh! hak tuih! jangan perasan. hah lagi satu tolong ek, ubah-ubah lah perangai, aku xnak pon orang dok asik puji-puji aku, tak payah pun xpe. tapi tolong jangan nak bergurau kasar dengan cara nak cakap aku itu ini. aku ni kekadang jiwa halus. sensitip tahu? kang kalu aku mulut laha kau jugak yang sentap. dok canang sini sana mulut aku cam longkang lah sesumpah la cicak man lah nak cili mulut aku lah!whateva fucker!

Monday, January 10, 2011

bukan hilang. kurang cuma

anjak anjak.
memang umur motif utama.
aku tak lupa
mungkin cuma tidak fikirkannya.
tapi rindu.
tak tipu.
memang lumrahnya begitu.
semua punya hala tuju.
jangan tuding jari dan salahkan aku.
satu hari dulu
satu hari mungkin kau perlu
dan akan jadi seperti aku.

Saturday, December 25, 2010

dear bl0g

will update everything end of nov till dec.

Friday, December 24, 2010

cant wait for this


(^_^) kembali ketagih pada tv.
oh pierre andre!

Thursday, December 16, 2010

yang pernah

jangan keluh.
terus hidup.
bukan hidup kau seorang tercelaka dek binasa.

aku terlalu keras untuk mengeluh.
terlalu kebal untuk terbisa.
terus hidup kerna aku masih ada.

percaya.
ada jodoh pasti ketemu.
biar rindu.
jika itu terbaik jalan yang ada.

percaya lagi.
sedang yang pernah membenci.
tidak dikenali.
masih disisi.
aku doakan.
inikan pula kau yang seorang yang pernah.

tiada yang sempurna.
cuma bukan sekarang.
semoga terus bahagia.
jika titik itu sudah termaktub.

tuhan ada.
terus percaya.
dia tahu kenapa ini lengguk aku.
mungkin yang terzahir hanya benci.
yang asasnya aku turut ikut bahagia.

jangan dibesarkan yang remeh.
aku memang terlalu begini.
tapi cume terlihat diluar.

percayalah aku juga rasa yang sama.
rindu.
tapi aku biar ia lepas dek angin lalu.
senyum saja.
itu cara aku.
aku bukanlah sekeji itu.
benci melihat manusia bahgia dengan cara tersendiri.

semoga terbaik ikut disisi jalan itu.

Friday, November 19, 2010

ntk 15