whos.amung.us

Thursday, December 13, 2012

#bukan bahan bacaan 1

Dan seharusnya penulisan itu isinya ada ilmu.
Bukankah begitu asalnya.

Dan aku menulis setiap ada benci dihari-hari yang aku jalani.

Malankolik barangkali.

Aku sinis dalam kandang aku sendiri.
Aku minyak dalam buku resepi.
Mungkin kerana acuan aku bukan dari acuan 
yang kalau diterap sebiji-biji dijual menjadi kuih di mulia aidilfitri.

Aku pernah baca pada satu tulisan.
Siapa mahu terima kita kalau kita bukan siapa-siapa
dan tidak punya apa-apa.
Dan itu aku rasa kini
Aku nak semuanya jadi peribadi.
Aku tak mahu orang bertanya apa-apa tentang hidup aku.
Aku tak perlukan orang lain kesiankan aku.
Sedangkan aku rasa mata aku sedang lihat kau yang patut dikasihani bukan aku.

Faktor umur yang orang jadikan ukuran.
Faktor kaya yang orang jadikan hujung pangkal.
Faktor adat yang orang junjung tak mahu telerai.
itu semua aku tidak mahu. 

Bila kau duduk kedai kopi motif utama kau ialah mahu gelak bagai nak terburai perut hati.
Bila kau berkumpul sekandang tujuan kau mengerat siratulrahim.

Tolonglah zaman sekarang masih adakah orang seperti ini hidup dan terus menerus memijak?

tak payah nak beremosi sangat.
aku telus.
minggu ini rumit.
spoil dengan orang yang bercakap menggunakan usia.
spoil dengan si tua yang sibuk bertanya, ambil tahu atau sibuk nak tahu?
spoil dengan si angkuh yang baru nak rasa mewah bumi.
spoil dengan si sangkak yang cerita pasal rezeki. kau nak kau cari. jangan tarik aku.

tidak perlu beremosi sangatlah.
malankolik barangkali kononnya.
cerita bosan.
kalau kawan-kawan sendiri sibuk nak show off benda yang tipikal.
kalau saudara-mara sendiri sibuk nak naik tangga sambil tendang kau terjunam.
kau duduk diam-diam.
sebab kubur lain-lainkan?

No comments: