whos.amung.us

Thursday, November 11, 2010

monolog peempuan sakit jiwa 4

berhabuk
bertempiaran
dihembus angin
terkial-kial aku genggam

seakan xcapai
masih bersawang barangkali
difikir berparut
jangan kata parah dek luka
sudah bernanah dek rasa

aku tadah pada udara
yang mendap hanya kecil-kecil air itu.
sudah habis diradak lemas habuk
aku dibingkas
pandai cakap pandai buat
pandai buat pandai simpan
minggu kali ini

hela nafas terasa panas.
semakin hari semakin panas.

wah! hebat tepuk tangan tepuk tangan.
sungguh terkagum dek bualan-bualan kaum hawa.
wah! tepuk dada tepuk dada
sungguh terkesan dek tindak tanduk kaum aku.

aku tepuk dada.
sakit bukan?
aku rasa sudah parah sehingga lansung dah tidak terasa.
haih!
nak dikeluh sudah dianggap sebati
nak dicepuk sudah dianggap sedarah

sudah-sudahlah.
jangan anggap ini amaran.
cuma sekadar ingatan.
sudah berkali-kali rasanya dicanang
manusia gayat sayang duduk tinggi
takut jatuh nanti parut nya bawak mati.

hukum dari azali
darah balas darah
sakit balas sakit
aku bercakap untuk sedapkan hati sendiri
aku bercakap memang sesedap hati sendiri

dan setiap itu ada harganya.
dan setiap celah itu punya rahsia
manusia biasanya ghairah
abai kan celah-celah rahsia yang biasanya punya cerita
terabai dek perbuatan
dan kini tuntut mahu berbayar.
termaktub kata-kata aku setiap celah rahsia itu punya harga.

sila bersopan. ghairah kau adun amarah setiap mata-mata yang pernah membenci.
masa hadap siapa tahu.
yang kau buang dulu lebih tinggi harga nya
sila bersopan setiap rahsia punya harga.

1 comment:

Anonymous said...

[url=http://www.001casino.com]casino[/url]
let go casino tip [url=http://www.realcazinoz.com]free casino[/url] games [url=http://cd-online-casino.co.uk]online casino[/url] [url=http://www.the-gambling-city.net]casino[/url]